Korea : Day Two Part 1 : Seoul Animation Center | Cartoon Museum | Myeongdong

9:13 AM

Salam and Greetings to all.
Bersambung lagi cerita Kembara ke Korea. Dah lama pergi baru dapat update. Ingat-ingat lupa dah. hoho. Selamat membaca ya.

Korea : Day Two Part 1 : Seoul Animation Center | Cartoon Museum | Myeongdong

Friday, 8.11.2013
Morning Sunshine. Pepagi lagi dah siap-siap nak menjelajah bumi Korea ni. Naik Subway semestinya. Sebeum tu, sarapan dulu teman-teman. Memerlukan banyak tenaga lepas ni. Lagi tips untuk anda, janganlah sesekali anda makan megi yang disediakan dekat korea. Reason? Faham-faham sendiri lah ye. Kalau ragu-ragu jangan makan ye. Bawak je bekal megi dari Malaysia. Instant nasi, instant porridge, dan makanan segera yang lain, bawak je. Milo 3in1 pun, angkut je. Takut memalam kang, lapar pulak kan. Done sarapan.




Ini kelakar. Muwahahhaaa.. 


Ni cerita kat dalam Subway. Gelak lagi. Hehe

So, tempat lawatan hari ni more kepada Multimedia punya subjek. Ya lah, dah pergi under Uni and Course (Quranic with Multimedia Studies) kan, kena lah ada aktiviti-aktiviti ataupun lawatan yang ada kaitan dengan multimedia kan. Korea ni pun tak kurang hebatnya. Memang hebat pun sebenarnya. Bermultimedia katanya. Tengok je lah dia punya Subway kan. Jom, kita terjah tempat-tempat yang best dekat Korea ni.

Seoul Animation Center and Cartoon Museum


Kalau korang peminat anime, tempat ni wajib pergi taw. Senang je nak pergi Seoul Animation Center ni dari Subway Station. Tapi kena berjalan la jugak dalam 10 minit. Jalan rata okkey lagi, ni dah gaya macam panjat bukit pun ada. Huhu, memang tak best betul part tu, tapi it’s good exercise thought. :P . 





Free je kalau nak masuk Seoul Animation Center ni. Tapi kalau nak some activities macam tengok show dekat big theatre (Seoul Ani Cinema) yang tayang full-length Korean anime films, kena lah bayo. Shad tak masuk pun situ.


Tapi Shad pegi dekat Character Experience Display Room, yang mana kat situ kita boleh buat clay character kita sendiri dan boleh jugak ambil gambar guna camera untuk buat simple animation filem kita sendiri. 


Kalau korang nak tahu, kebanyakan cerita-cerita anime/cartoon zaman sekarang ni, diorang cipta guna cara ni lah. Snap gambar character then animasikan dia. Huhu, complicated tak penerangan ni? Huhu, apa-apa pun. Sudah semestinya oshem.



Untuk aktiviti free dekat situ, on the first florr, ada exhibition room yang menempatkan art pieces and drawings. Oshem sangat-sangat. Yang bestnya, di sekitar Seoul Animation Center ni ada characters anime Korea. Life-size punya. Besar la jugak. Memang best la kalau nak snap-snap pictures kan.



Tak jauh dari Seoul Animation Center tu, ada Cartoon Museum. Dekat sana ada Cartoon Library, dekat tingkat dua, ada lounge area kalau-kalau kita nak menonton cartoon Korea ataupun international cartoon.





Take note that, Seoul Animation Center dengan Cartoon Museum ni tutup setiap hari Isnin dan Public Holiday ye. Macam mana nak ke sana?  Subway : Myeongdong Station on Line 4, Exit 1. Lokasi : 126 Soparo (8-145) Sopa-ro, Joong-gu, Seoul Korea.

Myeongdong

Dah alang-alang dekat dengan Myeongdong, kitorang singgah la kejap membeli-belah. Wah, shopping la sangat kan. Barang-barang dekat Myeongdong ni mahal sikit. Ikut harga retail. Tawar-menawar, sesetengah kedai je boleh. Myongdong ni orang cakap, shopping paradise gitu lah selain Dongdaemun.


Kalau korang nak tahu, dekat Myongdong ni banyak barang-barang trendy and make-up. So, make-up lovers, apa lagi, pergi korea jangan lupa singgah dekat Myongdong ni. Uniqlo, H&M, Zara, SPAO pun ada.


Korea, memang famous dengan barangan kecantikan and dekat Myeongdong ni lah tempatnya kalau nak cari The Face Shop, Holika Holika, Nature Republic, SkinFood, Etude, Missha, Innisfree dan banyak lagi. Memang rambang mata kot. Window shopping sudah. Huhu. Dekat Myeongdong ni, nak bejalan tu kena hati-hati sikit taw, sebab memang ramai giler orang. Nak-nak lagi waktu malam dan hari Sabtu. Memang ramai gila manusia. Serius tak tipu.


Kalau nak cari barang K-Pop pun banyak kat Myongdong. Sebut je nak apa. Poster, keychain, phone strap, postcard, note book K-Pop group like EXO, Bigbang, Shinee, SS501, Kara, 4Minute, Suju, Infinite, dan banyaaakk lagi semua ada. Sangat banyak pilihan. Rambang mata lagi.  And lagi best kalau pergi waktu malam.  Myeongdong's street stalls memanglah oshem. Macam-macam ada, t-shirt, segala macam eksesori, barangan tiruan pun ada, fake LVs, Chanels, Hermes, Gucci and banyak lagi. Seharian pun tak cukup kalau nak jelajah semua store kat situ.  Shad singgah kejap je dekat Myeongdong ni. Dalam pukul 1 tengah hari tu, dah gerak nak ke Hanyang University pulak.

You Might Also Like

11 Comment

  1. lawatan sambil belajar la kira ni..syoknyaaaa..

    ReplyDelete
  2. tergelak saya tengok gambar nombor 1,2,3 tu HAHAHAHA! xD kenapa dia pakai topeng kuda cmtu?

    ReplyDelete
  3. eonnie, wah best nya. XD

    baru sempat komen :( maafkan daku.

    ReplyDelete
  4. @Mazni Munawar kan.... huhu. tak tau lah napa dia pkai topeng tu..
    @Ed. huhu.. gwencana.. kamsahamnida sbb singgah hari ni, huhu :)

    ReplyDelete
  5. @Fatin Diana huhu, seram gak time tu.. tak pasal2 ada kuda pandang..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. bestnya trip shad >_________<

    ReplyDelete
  7. Hee~ Harap-harap satu hari nanti kala ada rezki, nak pi sana jga. :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored