Cloth Pad & Liner Snowdrop Review

by - April 11, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.
[Entry mostly in Bahasa]

Review Cloth Pad & Liner Snowdrop. So, for today, diri ini terpanggil untuk berkongsi dengan anda, semua wanita di luar sana berkenaan dengan satu produk yang berkait rapat dengan penjagaan dan kesihatan diri kita iaitu pad dan liner. For guys, it's worth to read too. You have family, ada mak, kakak, adik perempuan, wife, anak perempuan, girlfriend and etc. Tak salah jika ambil peduli tentang ini kan. Hehe. Sebelum kita pergi lebih jauh, elok lah untuk tahu apa itu pad kain/cloth pad dan pelapik kain/cloth liner. Entry kali ni mungkin agak panjang. Keep reading.

pad kain cloth pad
Apakah Pad Kain?

Pad kain (biasanya dipanggil 'Cloth Pad') adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Apakah Pelapik Kain?

Pelapik (biasanya dipanggil 'Cloth Liner/Pantyliner') digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah.

cloth pad

Okkey, pengenalan dengan pad dan liner dah sudah. Kakak-kakak, mak cik-mak cik, ibu-ibu dan semua yang bergelar seorang wanita mesti dah pakar dan tahu dah kan. Dan mungkin juga telah mencuba hampir kesemua jenama pad pakai buang yang ada di pasaran. Kebanyakannya lebih suka menggunakan pad pakai buang ini dari pad kain bukan. Sebabnya mudah, lepas guna, basuh dan terus buang. Betul ke tidak? Dan kebanyakannya memang murah kan. (Murah sebab tak darab lagi dengan tiap2 bulan kena keluar duit beli). Hehe.

Tapi adakah kita sedar yang sebenarnya pad pakai buang ni bahaya untuk kesihatan kita. "Oh! Tak tahu la pulak bahaya pad pakai buang ni..", "Ya, saya sedar dan tahu pad pakai buang ni bahaya, tapi itu je yang ada, itu je yang cepat, guna itu je lah." Ada terlintas tak ayat ni? Huhu. Maka dengan ini, sebagai seorang wanita yang prihatin dan sayangkan rakan-rakan seperempuan semua, Shad nak sarankan supaya kita semua bertukar kepada pad kain. Katakan TIDAK kepada pad pakai buang. Sebabnya kenapa? Mohon baca pencerahannya di bawah ni ye.

cloth pad snowdrop

Kenapa katakan tidak kepada pad pakai buang?

Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu ataupun seringkali kertas kitar semula. Kertas kitar semula diluntur semasa pemprosesan supaya menjadi putih. Namun begitu, proses pelunturan dengan agen klorin ini menghasilkan sejenis bahan kimia sampingan yang bernama dioksin. Dioksin adalah bahan karsinogenik, yakni ia boleh mengakibatkan kanser. Mengikut National Institute of Environmental Health Sciences of U.S., individu yang terdedah kepada tahap dioxin yang ketara berisiko tinggi untuk mengidap penyakit kanser, masalah mandul, penyakit jantung dan kencing manis. Malangnya, pad pakai buang mengandungi kesan dioksin akibat proses pelunturan.

Ha, dah sedar ke belum yang pad pakai buang ni bahaya. Boleh sebabkan kanser tu. Cuba bilang, dah berapa tahun kita pakai pad pakai buang ni? Ya Allah, dah lama rupanya aku pakai pad pakai buang ni. Geleng kepala. Ah, satu lagi, ada jugak pad pakai buang yang diperbuat dari kapas 100% dan tidak menggunakan peluntur kan. Pad Herba. Pernah dengar tak? Mestila pernah kan. Hehe. Dan yang pasti harga dia memanglah super mahal. Mahal tak apa, janji selamat digunakan. Ye dak. Tapi Shad tak sure yang ni, mohon yang tahu lebih jelas, drop comment ya. Tq. Jadi, kalau ada yang nakkan lebih penjimatan dan confirm 100% selamat, jom la kita try cloth pad. Ianya ternyata lebih baik dari pad pakai buang.

ciri-ciri khas cloth pad

Kenapa Cloth Pad (Pad Kain) & Liner Lebih Baik untuk Wanita?
  • Ramah Alam Sekitar
    Pad kain tidak menyumbang kepada pengumpulan sampah kerana ia dipakai berkali-kali. Pencemaran oleh bahan toksik juga dielakkan kerana pad kain diperbuat daripada bahan organik.
  • Boleh Dibiodegradasikan
    Apabila pad kain mencapai tempoh hayatnya setelah menggunakannya bertahun-tahun, ia boleh dibiodegradasi hampir sepenuhnya oleh kerana pad kain hampir tidak mengandungi bahan sintetik.
  • Tiada Risiko TSS (Toxic Shock Syndrome)
    TSS adalah jangkitan toksin kuman yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh terjadi disebabkan oleh penggunaan tampon dan pad dengan serapan tinggi.
  • Lebih Sensitif dan Selesa
    Tanpa bahan kimia yang boleh diserap, pad kain semula jadi lebih ramah terhadap bahagian sensitif anda di samping mengelakkan ruam, penyakit kulit dan kelamin.
  • Tanpa Kuapan dan Bau
    Kombinasi pengudaraan yang baik dan bahan kain organik memberikan keselesaan terbaik tanpa kuapan dan bau yang kurang menyenangkan.
  • Jimat Wang
    Perolehi penjimatan jangka lama kerana anda hanya perlu beli pad kain sekali untuk jangkamasa 5-10 tahun. Tak percaya? Cubalah kira perbelanjaan untuk pad pakai buang ye.
Saiz Cloth Pad 


Kalau pad pakai buang ada light, medium semua. Tak kurang juga dengan cloth pad ni. Ia juga didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut aliran/flow anda. Dry FluxLight Mist, Medium Dew, Heavy Stream dan Maternity. So, boleh pilih mengikut aliran/flow masing-masing ya. 

saiz cloth pad snowdrop

Review dari Shad


So, girls and women out there, pernahkah anda merasa itchy or gatal-gatal semasa anda pakai pad pakai buang? Have you experience the uncomfortable feeling when you use disposable pad? Jangan nak tipu kata tak pernah okkey. Ada yang sampai melecet, naik ruam-ruam bagai lagi kan. I'm a girl too. I know it well. Dan disebabkan perasaan tak selesa, gatal-gatal tu lah, Shad ambil keputusan untuk bertukar kepada pad kain. Dan Shad pilih pad kain dari Snowdrop.

Akhirnya, baru Shad rasa lega dan lebih selesa dengan pad kain ni. Rasa gatal-gatal tak selesa dulu tu semua dah tak ada. Dan of coz, tak ada dah melecet-melecet sebab serious pad kain snowdrop ni lembut sangat-sangat. Dan it's colorful kot. Banyak color dan pelbagai corak yang ada. Cantik. Rasa sayang lak nak guna. Haha. Dan satu lagi, Shad perasan yang lepas guna pad kain ni, eeehhh, dah tak senggugut lah. Waaa, teruja kejap. Alhamdulillah for that. Bersyukur sangat-sangat. Kalau dulu tu, sampai nak muntah dan pitam-pitam senggugut. Ok, you know the feeling right?

cloth pad snowdrop

Next part is, bab nak mencuci pad kain snowdrop ni. Seriously masa mula-mula duk usha-usha pad kain ni, hati Shad memang ragu-ragu sangat. Ragu part nak mencuci dan part bocor. Senang dicuci kah pad kain ni? Senang keluar ka kesan-kesan darah errk? Errmm, tak bocor ke ek? Berbekalkan hati yang cekal. Maka bertabahlah Shad beli jugak pad kain snowdrop ni. Dan, duit yang dilaburkan itu tidaklah sia-sia.. Sebab shad ni jenis yang akan regret bila beli sesuatu yang mengecewakan. So, pad snowdrop ni memang senang dicuci., senang nak basuh. Kotoran mudah dibersihkan. Nasib baik. Hehe. Dan pad kain ni ternyata buatkan hati tak runsing time hari-hari bendera merah. Sebabnya pad kain ni tak bocor. Serious? Yes, betul. And I found it sangat memudahkan bila dia ada gelung riben. So, mudah nak gantung bila jemur nanti. Shad memang fall in love lah.

Harga

Ok, then bercakap pasal harga, bagi shad ianya berbaloi, sebab boleh digunakan berulang kali sehingga up to 5 years and above. Tak ke menjimatkan macam ni. Beli sekali je. Kalau beli pad pakai buang, memang tiap-tipa bulan kena keluarkan duit lah kan. Dekat wabsite Snowdrop dan official FB Snowdrop Clothpad, ada disediakan banyak pakej untuk anda. Pakej percubaan pun ada bagi yang rasa nak try-try dulu kan. Kat bawah ni ada Shad snipping tool sebahagian dari pakej yang ada. Harga yang tersenarai mengikut harga semasa (11.4.2015) 

harga cloth pad snowdrop

Disebabkan shad tak tahu ada ke tidak Snowdrop ni jual satu-satu, maka Shad pun beli dengan Kak Zarith. Nah, ni senarai harga yang Kak Zarith bagi Shad, kot-kot la korang nak beli yang korang rasa nak je kan. Shad ambil yang light dengan medium je. Borong banyak la jugak, untuk myself and adik perempuan. Ok, harganya; Pantyliner rm17, Light rm25, Medium rm29, Heavy rm34 dan Maternity rm38. Boleh contact Kak Zarith Sofia [013-7510028] Nanti beli dengan Kak Zarith, mention nama Shad k. Mana tau dapat diskaun ke kan. Hehehe.

Overal and Recommendation

Very recommend. Sangat-sangat disyorkan. Tak rugi beli dan guna Cloth Pad ni. Untuk kesihatan kita juga kan. Jika ramai yang sanggup berbelanja untuk beli handbag branded, produk kecantikan dan perfume yang beratus ringgit, apa kata melabur sedikit untuk masa depan yang lebih ceria dengan Cloth Pad. Hehe. Buatlah pilihan yang bijak ye. Ok lah, panjang berjela dah rasa entry ni. Terima kasih sudi baca entry ni ya. Till then..


Product Information

Name : Cloth Pad & Liner Snowdrop
Price : Refer di website, Harga Pakej Cloth Pad

You May Also Like

6 Comment

  1. menarik gila.. CT bace sebijik2 sebabnyaaaa CT mmg sejak mula2 period menci sungguh pakai pad biasa tu.. kalo time period mmg dilema. plus jenis rasa insecure.. tiap 2/3 jam nak tukar..
    bayangkan brapa banyak pakai shari hahahaha.. mmg xleh.

    harga not bad xtually.. investment kan.. sbb bleh pakai ulang2..
    hehehe time basuh tu gantung2.. kalerpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes here.. perasaan tak selesa tu mmg ada.. sebab slalu rasa itchy2..hehehee.. so true, investment for the bright future gituu.. hehehe

      Delete
  2. Ok nanti akak try whatsup kak zarith tu... berminat la nak beli... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, sila kan lah kak ekin..hehehe. kak zarith is so ramah.. :D

      Delete
  3. Hi shad syg!
    Thanks for your honest review. I'm glad u love it.
    Mestilah ade spesial diskaun utk yg mention nama Shad ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kakak sayang, pengalaman dan produk yang bagus mesti dikongsi dengan semua wanita.. Shad mmg fall in love suda dgn cloth pad ni..

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You