Putik Durian Goreng Rebung Pedas | Resepi

6:01 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Putik Durian Goreng Rebung Pedas | Resepi. Anneyong haseyo everyone. Dah seminggu lebih dah kita berpuasa. Alhamdulillah, dah 1/3 Ramadhan kita lalui. Dekat Malaysia ni, kalau bulan Ramadhan, memang meriah dengan bazar Ramadhan. Menu berbuka yang pelbagai. Ada yang suka masak sendiri di rumah, buffet hunting, bazar ramadhan dan sebagainya. Petang ni nak share cara buat Putik Durian Goreng Rebung Pedas. Hari ni turn ayah tolong mak dekat dapur, jadinya petang ni Shad memang free nak update blog. Hehe.

Putik Durian Goreng

Memandangkan sekarang ni musim buah durian, jangan dibazirkan buah durian putik yang luruh. Bagi yang ada dusun buah-buahan, ataupun dekat laman rumah memang ada tanam pokok durian, kalau-kalau ada durian putik luruh, boleh la buat resepi ni. Kalau kat bandar, mungkin susah sikit lah nak dapat durian putik ni. Shad pun baru tahu, putik durian ni ada orang buat masakan. Boleh buat goreng, masak lemak pun boleh.

Putik Durian Goreng
Putik Durian Goreng

Bahan-Bahan yang diperlukan
7-8 ulas putik durian (dihiris kecil)
Rebung (dirincik) - Boleh juga kalau nak letak sayur-sayur lain seperti kacang buncis dll
Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk Menumis (ditumbuk)
2 ulas bawang merah
1 ulas putih
3 biji cili padi hidup (ikut kesesuaian, kalau nak lagi pedas, pakai 4-5 biji cili)

Cara-cara Penyediaan

  1. Tumis bahan-bahan untuk menumis tadi dengan minyak yang sedikit sahaja.
  2. Masukkan rebung yang telah dirincik tadi. Goreng seketika (dalam 5 minit, sebab rebung lambat sikit masak). Jika anda menggunakan sayur-sayuran lain seperti kacang buncis, boleh terus masukkan bersama putik durian.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rebung ni pahit sikit rasanya, masukkan lebih gula, dalam 2 sudu besar. Jika anda pakai sayur lain, masuk sikit je gula.
  4. Masukkan putik durian, goreng seketika. (dalam 3-4 minit).
  5. Siap untuk dihidang

Putik Durian Goreng
Putik Durian Goreng

Tada, dah siap dah Putik Durian Goreng Rebung Pedas shad. Rare kan putik durian ni. Putik durian ni memang tak ada bau durian lagi, nama pun buah putik kan, buah tak masak lagi. Hehe. Selamat mencuba ya. Ada yang pernah makan tak masakan yang berasaskan putik durian?

King's Of Fruit ->> How To Pick The Perfect Durian And Make The Most Out Of The Durian Season

You Might Also Like

12 Comment

  1. sedap tak shad? akma tak pernah tau pun putik durian boleh dibuat lauk..hahah, tq share resipi..lepas nie akma nak try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la jugak, hehe.. tu lah, shad pun baru pestime tahu putik durian boleh buat lauk.. resepi orang kampung..

      Delete
  2. uniknya . 1st time tahu. btw durian tak masak tu selalu makan mcm tu ja. MashaAllah nimat betul. tambah2 yang lemak2 sikit tu. emmm dapppp !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya alahai kan... time-time puasa pulak ni.. hehe.. rare sangat kan, shad pun baru tahu.

      Delete
  3. xpernah cuba lagi.. nmpk sedap.. wah mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada durian putik, boleh cuba.. :D

      Delete
  4. Tak sangka boleh buat resepi macam ni dengan durian. Baru tahu. Hahaha. Lama dah tak makan durian ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, rare sangat resepi ni.. sekarang ni tengah musim durian.. nyum nyum.. tapi musim duarian, musim buah tengah bulan puasa, bila dah berbuka tu, memang dah tak daya nak makan buah-buah dah..

      Delete
  5. mana nk cari putik durian tu..mcm x de org jual je

    ReplyDelete
  6. shad, kak yong baru tau putik durian boleh bt masakan..hehe. tp susah la nk ari.melainkan da pokok sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya :) Lama tak makan lauk rebung..

    ReplyDelete
  8. uuuish rare resipi ni.. first time dngr org makan putik durian.. hehehe.. ke mmg orang makan tp CT yg bru tahu..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored