[Tunas] Hlovate | Novel Review

by - September 11, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all.

[Tunas] Hlovate | Novel Review. As for today, I’m going to review a book from my favorite author, Hlovate. Have you heard? I’m one of ‘kipas-susah-mati’ Hlovate. Hehe. Diehard fan lah kononnya ni. Anyone yang layan novel Hlovate? Bagi high five sikit. Samalah kita. Ada semua koleksi novel Hlovate taw. Eheh, riak kejap! Senyum sesudu gula. Ok, back to the review.

kulit depan novel tunas hlovate

Kalau anda yang pernah baca novel aA+bB dari Hlovate, itu kisah Addin dengan Benz di garis masa dewasa. Marriage, working, family and so on. Novel Tunas ni pulak merupakan garis masa Addin dan Benz di zaman persekolahan. Flashback masuk zaman remaja macam tu. A word to describe this novel, Sweet Memory. Sebab novel Tunas ni memang betul-betul mengimbau memori pembaca. Terbayang-bayang ingatan masa kita sekolah dulu. Kenangan manis dan pahit yang best! Kan?

Kolej Tunas ni lebih kurang macam sekolah swasta lah jugak, sekolah anak-anak orang kaya. Addin ni batch pertama. So bermulalah kehidupan seorang Addin di sekolah sebagai seorang pelajar. Masuk hostel, jumpa kawan baru, belajar benda baru. Addin ni jenis aci redah ja sikap dia. Budak walkman. Budak perempuan yang nakal sebab aci redah ja buat jenayah. Jenayah ringan. Hehe. Dia jugak seorang kawan yang baik. Memang ‘kamceng’ habislah budak-budak sebilik tu. Addin, Fisha, Pa’e dengan Jen. Dapat dah satu geng. Geng GT. Great Troublemaker. Classmates, geng satu batch pun aci redah ja semua buat kawan. Hiperbola sangat nama-nama diorang ni, tapi memang best!

hlovate novel tunas

Memang all of all, best novel ni sebab penuh dengan kisah-kisah zaman persekolahan. Nak-nak lagi kalau cerita time bab kolej kediaman tu. Ada orientasi, ada sport check, warden garang, kena denda, fly-lompat pagar asrama, pecah masuk bilik HEM sebab nak ambik balik barang rampasan, kes kena tangkap basah padahal adik-abang, projek mem’black-out’kan bilik prep, pecah masuk asrama putera sebab nak balas dendam dan macam–macam lagi.

tunas hlovate

Masuk ja next tahun(fiver), dah nak SPM, dah jadi Kak Addin lah sebab dah jadi akak senior. Addin diangkat menjadi Head Girl. Walaupun dia macan tu kan, tapi memang ramai orang suka dia. Disenangi gitu. Waktu ni baru muncul watak Benz. Budak fiver baru masuk. Seangkatan Mafia jugak ni. Memang awal-awal lagi Addin dah keluar aura bunuh dengan Benz ni. The rest is history. Kena abaca novel ni ye. Hehe. “I hate Add Math” – Addin. Same here. Hoho. Macamanalah ada budak boleh jawab paper Add Math dapat markah 96-98-100% tiap-tiap kali ujian bulanan kan? Tapi memang wujud pun manusia macam tu. Kan?

Lagi yang bestnya novel Tunas ni, ada hikayat Magnificent Seven, Mags 7. Eady, Juki, Lee, K-oi,Air-Jee, Im dan A-Cid. Budak junior tingkatan 4, tujuh orang sekawan yang memang sangat magnificent bila buka tengok rekod diorang ni. Kalau ada apa-apa tragedy berlaku kat Kolej Tunas tu, memang tak ada kerja orang lain. Mags 7. Bayangkan bila ex-con si Addin tu bergabung dengan budak jenayah Mags 7, macam-macam boleh jadi. Nakal-nakal diorang pun, berasas and Berjaya!

tunas hlovate

Hikayat Magnificent 7 : The Legend ni banyak storyline time study. Ada program segala macam, persatuan bagai, MPP lagi, mana nak study lagi, SPM kan. Kalau korang budak Science stream memang boleh bayang kot kalau ada minggu Science & Math, ada buat segala macam experiment, bertapa kat lab bagai. Nak-nak lagi kalau ada rivals, pesaing. Geng budak laki vs geng budak pompuan. Tu tak cerita lagi bab perjumpaan, meeting semua. Memang imbau kenangan sungguh lah. Zaman sekolah la zaman yang paling best sekali. Memang boleh bayang kesibukan dan keseronokan sebagai seorang pelajar dalam novel ni. Dah boleh nampak jelas bab tanggungjawab kat sini. Tanggungjawan kepada diri sendiri. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak. Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

hlovate tunas

So, kepada adik-adik yang masih bersekolah, enjoy your student’s life, aktifkan diri join program dan lagi bagus kalau anda berjinak-jinak memegang apa-apa jawatan pun dalam sesebuah organisasi. Sebab benda tu semua memang pengalaman beharga yang tak ternilai harganya yang tak boleh dapat kat mana-mana. Hehe. For those yang bakal ambil SPM tahun ni, Good Luck to all of you. Study Smart. Long live the Ol’school days! Hehe. Imbau kenangan. I’m giving 5/5 rating for this novel. Gaya bahasa santai dan ada kata-kata best kat dalam novel ni. Tak perasan pulak yang sampai berkajang menaip entry ni, ehhe. Senyum sesudu gula.

Tajuk Novel : Tunas
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni
ISBN 978-967-5118-06-7
Malay Fiction
Harga : RM21
Where to buy : Visit the website : www.jemariseni.com dan boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda.

You May Also Like

6 Comment

  1. Tunas is one of my favourite novels :D

    ReplyDelete
  2. Suka hlovate gak! Paling favourite 'Versus'.

    AO ^^

    ReplyDelete
  3. jom GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.htm

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You