Wordless Wednesday | The Making of Senyuman Paling Manis

1:07 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Wordless Wednesday | The Making of Senyuman Paling Manis. Olla everyone. Just a short entry for this Wednesday. Orang cakap senyum tu sedekah. Sedekah dapat pahala kan. Hehe. Cuba bayangkan, dengan hanya satu senyuman, boleh buat orang lain pun tersenyum sama. Ok, senyum ni berjangkit ye? Dengan senyuman juga mungkin boleh terjalin silaturrahim. Tak mustahil. Sebab memang berlaku. Dengan hanya satu senyuman ikhlas mampu untuk memberi aura positif kepada diri sendiri dan orang lain.

Cuba kita perhati antara wajah orang yang sentiasa tersenyum dengan mereka yang tak pernah senyum, ataupun susah nak senyum. Nampak perbezaannya bukan? Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa nampak lebih berseri-seri dan awet muda. Nampak muda dari usia sebenar. So, kalau nak awet muda, sila-silalah lemparkan senyuman manis anda ke seluruh alam. 

teeth trainer
teeth trainer

Ok, sebenarnya nak cerita The Making of Senyuman Paling Manis. Senyum nampak gigi tersusun macam sweet aje kan. Ok, macam ni lah. Kita sebagai individu, bila berhadapan dengan insan lain, bila tak berkata-kata, fokus mata kita mesti tengok mata insan yang lagi satu kan. Kebanyakkan macam tu. Okey, bila tengah bercakap pulak? Titik fokus mata kita di mana? Ada yang tengok mata, dan kadang-kadang tengok bibir orang yang tengah bercakap dengan kita. Kalau Shad memang fokus ke mata, dan kadang-kadang akan fokus juga ke bibir orang yang tengah bercakap tu.

Ok, panjang pulak kan intro pun. Padahal nak cerita pasal gigi tersusun kemas. Bila tersenyum dan bercakap dengan adanya gigi cantik tersusun, memang akan nampak lagi cantik. Orang pun nak pandang aja senyuman kita. Dan kita pun baru lah rasa tak lokek nak lemparkan senyuman paling manis sebab gigi cantik. Hehe. Sebab masa kecik-kecik dulu tak reti nak jaga gigi, so ada lah sebatang gigi kekal yang tumbuh tak tersusun dengan yang lain. Puas lah mak ayah suruh cabut gigi susu masa kecik-kecik dulu, tapi sampai ke sudah biar, sebab sakit lah apa lah kan. Memanglah bila dah besar, gigi akan jadi tak cantik dan tak tersusun. Penyelesaiannya, pakai braces. Okey, tapi gambar dalam entry ni bukan braces ya. They called that, 'teeth trainer'/ 'teeth alignment'.  

teeth trainer

This one, untuk masalah gigi yang minor sahaja. Contoh gigi jongang, gigi jarang, gigi tak tersusun. Untuk yang minor case boleh pakai dan guna this teeth trainer. Braces dah berapa ringgit kalau nak pakai pun kan, anak orang kaya boleh lah. Bukan nak pros and cons ataupun versus antara dua benda tu. Ya, kalau pakai braces, lebih lagi lah terjamin sebab dah dapat nasihat dentist kan. Teeth trainer ini mungkin hanya solusi untuk minor case sahaja. Hehe. Apa-apa pun both makan masa. Kena sabar banyak lah kalau nak cantik kan. Nak senyuman paling manis paling cantik punya pasal kan, anything for that.    

teeth alignment

Fakta-fakta menarik tentang senyuman 
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. 
  3. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.
  6. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. -sumber
Dengan hanya satu senyuman, is mampu mengubah segalanya. Hehe. Senyum seindah suria, yang membawa cahya, kau tersenyum, ku tersenyum, kemesraan terjalin. Ha macam tu. Senyum-senyum selalu dan selamat beramal. P/s, dah tak jadi wordless dah entry ni. Wink.

You Might Also Like

23 Comment

  1. boleh test klu cmni
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. cuba try test.. ok ke tidak.. done visit cik en :D

      Delete
  2. Replies
    1. hehe, kak anum tak payah cuba dah.. gigi cantik dah.. hehe.. jeles shad.

      Delete
  3. kak shaddd, emy cari benda niii lama .. beli kt mane kak shad? nnti emy whatsapp boleh? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. 24/7 sayang, wasap je.. anytime.. hehe.. :D

      Delete
    2. SHA, BRAPA YER SATU HARGA TEEH TRAINER. ADA JE ORANG JUAL KT FB. MANA TAHU SIS JUAL LAGI MURAH. BOLEH BAGI NO PHONE SIS.

      Delete
  4. akak pakai. Walaupun tak pakai dengan disiplin tapi berfungsi jugak. Kalau pakai berdisiplin mesti lagi berkesan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. ok, shad pun bersemangat ni kak fiqah nak pakai benda ni.. mintak2 cantik lah gigi lepas ni.. hehehhee

      Delete
  5. Tak tahu pula kewujudan teeth trainer ni. Mungkin lepas ni saya nak pergi jumpa dentist dan tanya sesuai ke tak kalau saya nak pakai benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau pi jumpa dentist, sah lah dia suruh pakai braces kan, hehehe.. tapi, lagi elok dapatkan khidmat yang lebih pakar.. kan kan..

      Delete
  6. Lissa ada masalah gigi major.. jadi tak dapat pakai. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. okkey, yang itu kena pi jumpa dentist.. pakai braces mau beriban kan.. hehe..

      Delete
  7. Berkesan tak pakai ni??nak pakai sbb malu org kdg tegur gigi tak rata dan jarang pulak tuuuhhh maluuu..tp yg tak tegur pun bila senyum..padai jugak saya segan tunjukkan gigi..sbb tak cantikkkkk..jeles tgk org gigi lawaa..hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for dropping by..

      since last year shad pakai, memang ada nampak perubahan positif. tapi shad ni jenis malas nak pakai, so macam lambat sikit lah nak tersusun elok.. but this one, should give it a try.. for minor case, it worth it..

      Delete
    2. Shad..sekitar mulut Ada mcm berdarah ke atau kesan2 lain tak

      Delete
    3. So far shad pakai, tak penah berdarah lagi. Cuma mcm kdg2 tu rasa mcm lenguh rahang. Erk, ada ka lenguh rahang, hehe.

      Delete
  8. Berkesan tak pakai ni??nak pakai sbb malu org kdg tegur gigi tak rata dan jarang pulak tuuuhhh maluuu..tp yg tak tegur pun bila senyum..padai jugak saya segan tunjukkan gigi..sbb tak cantikkkkk..jeles tgk org gigi lawaa..hm

    ReplyDelete
  9. hi everyone.. thank you for dropping by.. since ramai yang whatsapp and e-mail me, tanya pasal this awesome teeth trainer.. here I come...

    kat mana shad beli?
    shad beli dekat igshop. link ig kat bawah. owner yang sama :D
    https://www.instagram.com/gigi_republic/
    https://www.instagram.com/chunky_shop/

    berapa harga?
    time shad beli tu (bulan 10, 2015) kalau tak salah. dalam rm70 macam tu. sekarang punya harga tak pasti.. :D

    berkesan tak?
    jujur dari shad, memang ada nampak pergerakan gigi. ada beza before and after. just that, antara rajin dengan malas nak pakai sahaja. kalau rajin pakai hari hari, memang cepat nampak perubahan.

    shad recommend this one (teeth trainer) for those yang ada minor case. boleh cuba pakai ini. in case korang tak nak pakai braces lah kan. braces kan macam mahal sikit, heee..

    thank you <3

    ReplyDelete
  10. Nice entry shad☺
    Sis pn before this ade problem gigi jarang, after pakai teeth trainer ni, mmg gigi slowly rapat, terus decide jual teeth trainer ni..

    Anyone yg berminat nk order teeth trainer blh whatsapp +6017 5476587

    TENGAH PROMO RM 45 FREE POSTAGE ☺

    ReplyDelete
  11. Hi nak tanya.. ni kali pertama sy pakai teeth align tpi x tau ori ke tak sbb harga murah and sy pakai xda rasa sakit sperti mencengkam pun. Kan benda ni utk merapatkan gigi spatutnya mesti la ada rasa sakitkan. Yg sy beli ni warna biru dan mcm longgar je dgn mulut sy.. ngam2 gitu la, mcm xda bagi efect merapatkan. Atau sy perlu beli size yg lebih kecik lagi kot. Shad kan pernah pakai so nak tanya pendapat shad ni hehee. And time pakai tu kena tutup mulut rapat2 ke. Sorry tanya kat sini :)

    ReplyDelete
  12. hi! i bought the teeth trainer tapi recently tiba2 ada doctor kata boleh ada kesan kat rahang and gigi senang goyang dan jatuh. betul ke? :(

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored