Novel Project Bad Boy 2017 Limited Edition

11:22 PM

Greetings and Assalamualaikum.

Novel Project Bad Boy 2017 Limited Edition. It is October now. How time flies right? Whatever it is, keep spreading the good vibes and I wish you a great month. Okey, entry malam ni santai-santai sahaja. Random post. Kalau semua entry review beauty product saja, boring jugak kan. Malam ni Shad nak share tentang novel melayu. Serasa macam dah lama tak menulis review novel kan. Sebabnya dah lama tak beli novel baru. Hehe. So, kali ni berkesempatan dan sebab Shad dah tergoda dengan segala teaser yang dihidangkan. 

Novel Limited Edition Bad Boy Project 2017

Novel kali ni adalah novel limited edition #ProjectBadBoy2017. Yes, limited edition means tak masuk kedai buku dan hanya dicetak pada sekian-sekian bilangan/copies. Dan keberangkalian tidak akan diulang cetak. Novel #ProjectBadBoy2017 ada tiga buah novel dari tiga orang penulis. 
  1. Qidran (One Night Stand) by Hana Efriena
  2. Rafael (Isteri Satu Malam) by Hash Aulia
  3. Jibrael (You Are.. Mine) by Suci Hidayat
Kenapa Bad Boy? Sebab karakter hero dalam ketiga-tiga novel ni semuanya pegang watak antagonist. Wuhuuu, bad boy memang ramai suka kan. Dah lah hensem pulak tu. Haha. Me and my imagination. Mula-mula bad, lepastu jadi baik. Jom baca sinopsis. Confirm korang pun rasa macam nak beli semua kejap lagi. 

Qidran : One Night Stand by Hana Efriena

QIDRAN (ONE NIGHT STAND) : Hana (HE)

Segah nama yang diberi, Ku Qidran bin Ku Qaiyum. Jadi tidak hairan kalau Qidran selalu saja menjadi tumpuan wanita. Kekacakan wajahnya digunakan untuk membuatkan wanita tersungkur. Malang sekali bila anugerah Allah S.W.T itu digunakan pada jalan yang salah. 

Bad boy TERMASYHUR, itu gelarannya sewaktu di kolej. Arak, perempuan dan kelab adalah 'sahabat karib'nya. Qidran leka dengan syurga dunia. Malah, gadis yang turut tidak bersalah juga menjadi mangsa. Diragut daranya lalu ditinggalkan tanpa khabar berita. Kejam? Lantaklah apa orang nak kata, dia langsung tidak peduli. Bagi Qidran, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kelab itu sama sahaja. Tidak ada seorang pun yang hatinya suci.

'The first thing you need to know, perempuan bertudung tak dibenarkan masuk ke kelab malam. Five minutes to think, girl. Kalau tak, aku anggap kau tak berminat.' - Qidran

Takdir Allah menemukan Yara Hasna dan Ku Qidran dengan cara begitu. Namun terlalu kejam rasanya buat Yara pabila lelaki yang dia percayai akan membantunya sanggup merosakkan dirinya. Ditinggalkan dengan hanya sehelai nota ringkas yang cukup menyakitkan hati buat Yara nyaris rebah. Namun dia kuatkan semangat untuk meniti kehidupannya yang mendatang.

'Thanks for last night. I'm impressed! Tak sangka aku adalah lelaki yang pertama sentuh kau.' - Qidran

Yara terhenyak. Beribu duka telah melelahkan kehidupannya hingga akhirnya Yara kembali melihat sinar bahagia. Yara dikutip bagaikan permata oleh Ku Qaiyum dan Ku Ameena. Malangnya sinar itu kembali malap saat pulangnya Qidran kembali dari bumi Scotland. Qidran memang tidak mengenali, namun Yara tidak pernah sesekali memadamkan raut wajah yang pernah membuatkan dia benci. Malah, Yara kesal kerana sikap lelaki itu sama sahaja seperti tujuh tahun yang lalu. Langsung tidak berubah.

Apakah yang akan berlaku terhadap Yara selepas pertemuan kali kedua mereka? Adakah Qidran akan insaf dengan perbuatannya sendiri? 

Rafael : Isteri Satu Malam by Hash Aulia

RAFAEL (ISTERI SATU MALAM) : Hash Aulia

I tak suka benda remeh temeh. - Rafael

Benda remeh temeh tu, maksud you macam mana? - Dhuha 

For example is you, Dhuha Sofea. - Rafael

Dhuha Sofea tersentak. Tak pernah terjangka sebaris ayat itu akan terlantun daripada bibir seorang lelaki yang bergelar suami. Suami yang pernah menyayanginya. Yang pernah mengungkapkan kata cinta. Namun, itu dulu. 

Malangnya sekarang, Ku Rafael sudah berubah. Sejak malam di mana tubuhnya diratah lalu ditinggalkan sehelai sepinggang. Lelaki itu mula menghilangkan diri. Menyepi bertahun-tahun lamanya. 

I kahwin dengan you hanya kerana tubuh you. But it's not worth it. Nothing special about you. - Rafael

Kata-kata itu, menghantui malamnya saban hari. Fikirnya, cerita cinta mereka akan berakhir pada malam itu. Namun, siapa sangka, takdir menemukan mereka kembali di bumi Malaysia. Dhuha hilang bicara. Ku Rafael kembali menghantuinya. 

You're my wife, Dhuha. Remember that. - Rafael

Masih di panggil isteri ke kalau tanggungjawab you ke laut? - Dhuha

You nak I bertanggungjawab sekarang? Tak ada masalah. Nafkah zahir atau batin? Your choice. - Rafael

Dan bila namanya Ku Rafael, mana pernah dia pedulikan perasaan Dhuha Sofea. Apa yang dia tahu, si gadis adalah hak miliknya yang mutlak. Dulu, kini dan selamanya. 

Bagi Dhuha Sofea pula. Sebaris nama itu, sering mengorek kembali luka lama. Tak mampu dia memaafkan apatah lagi melupakan. Dan jika cinta itu ada sekalipun, ia bukan milikmu lagi. Titik! 

Rafael : You Are Mine by Suci Hidayat

JIBRAEL (YOU ARE.. MINE) : Suci Hidayat

Ku Jibrael Ku Jaleel, lelaki jelmaan hero novel yang menjadi dambaan jiwa setiap perempuan. Sempurna luar dan dalam, sangat penyayang dan terlalu menyukai bayi dan kanak-kanak. 

Tapi, itu dulu. Lelaki itu berubah 360 darjah apabila satu-satunya wanita yang terlalu dicintai, yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya, meninggalkannya begitu sahaja. Malah kelelakian JIBRAEL tercabar apabila ditinggalkan di dalam majlis pernikahannya sendiri. 

Hormatnya pada perempuan, lenyap. Perempuan menjadi makhluk yang sangat dibenci. Seorang demi seorang perempuan menjadi mangsa dendamnya. Ditabur manisan cinta, diragut kehormatan mereka, lalu perempuan-perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.

Namun, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah padam. Keinginan itulah yang menemukan Jibrael dengan Dara Adalia

“Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak.” – Ku Jibrael.

Kerana tertipu, terdesak dan terjerat, Dara terpaksa bersetuju, rela dan akur. 

Dara jatuh cinta kepada Jibrael sebaik sahaja termeterai ikatan halal di antara mereka. Dan rasa cinta itu semakin mekar disetiap sentuhan meskipun Jibrael berulang kali mengingatkan bahawa perasaan cinta diharamkan sama sekali di dalam perkahwinan mereka.

Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.

“Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael.” – Dara Adalia.

Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?


So, macam mana? Baca sinopsis pun dah boleh bayang betapa bestnya novel ni kan. Hehe. Itu belum baca teaser lagi. Confirm rasa macam nak beli ketiga-tiga novel ni. Shad dah pre-order tiga-tiga bad boy ni. Hehe. Beli tiga lagi jimat. Hoho. Kalau nak baca teaser, boleh request Facebook group #BADBOYPROJECT - HANA EFRIENA | HASH AULIA | SUCI HIDAYAT

Kalau ada yang berminat nak beli, boleh place order ya. Please take note, novel ni pre-order ya. Macam biasa, bayar dulu, nanti dah siap cetak semua, baru dapat novelnya. Bulan 11 nanti jangkaannya boleh peluk novel ni. Hana bagitau, sekarang dah 1700++ SOLD. So, peminat novel semua, apa tunggu lagi, jom beramai-ramai kita order. Order hanya diterima sehingga 15/10/17. Novel ni LIMITED EDITION dan tak masuk mana-mana kedai ye, belian secara online sahaja. Kalau nak, boleh PM Hana Efriena untuk order dan urusan pembayaran. Jangan PM Shad ye. This blog post is a fan service. Hehe.

Novel Bad boy project 2017

Limited Edition ProjectBadBoy2017 
1. Qidran (One Night Stand) by Hana Efriena
2. Jibrael (You Are.. Mine) by Suci Hidayat
3. Rafael (Isteri Satu Malam) by Hash Aulia

Status: Pre-Order 15/9 - 15/10 2017
Price (Include Postage): Single RM40sm RM47ss, Double RM70sm RM80ss, Triple RM105sm RM119ss [Harga semasa tarikh Pre-Order]
Where to order: Hana Efriena

_____________________________________________
*Update 7.10.2017 by Hash Aulia

#ATTENTION ❗❗❗

Bermula dari detik ini Hana Efriena takkan ambil order baru untuk novel-novel #PROJECTBADBOY2017.

Hana sakit. So dia tak mampu teruskan lagi. Melainkan untuk yang dah bayar booking dengan deposit sahaja, boleh terus berurusan dengan Hana untuk selesaikan payment SEBELUM 15 OKT 2017.

Bagi yang baru nak order, sila berhubung dengan #TRUSTEDSELLER  yang kami senaraikan.

Senarai Seller dan Dropshipper

❤ SEMENANJUNG MALAYSIA ❤
1) Juliana Lagenda Novel Johari
2) Liza Wati
3) Nurul Iman
4) Sumisah Mohamed
5) Nurliza Nordin
6) Ogy Ejaz
7) Zaa Menjual Novel
8) Liebe Schatz
9) Yin Anness Yin Anneess Chan
10) Novelholic Bookclub
11) Mybiz SantaiShop
12) Menjual Novel
13) Shidah Baharuddin

❤ BRUNEI ❤
1) Puan Yoyong
2) Rosedynah RD Athan
3) Bbeh Dn

❤ SABAH ❤
1) Sunita SwantoBukuBook

❤ SARAWAK ❤
1) Eila Msm

❤ SINGAPORE ❤
1) Franzee Novelist

Ps: Search nama di atas dekat Fb ya. Tq

You Might Also Like

1 Comment

  1. hurmm menarik jugak.. Limited editon tu yg best tu.. tapi yg tak best susah la nk dpt kat mane2... hehehe

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored